SEJARAH PENUBUHAN


SEJARAH PENUBUHAN ABIM BELURAN

Yang DiPertua ABIM Negeri Sabah (sesi 2013) Dr. Abdullah bin Bade dan Setiausaha ABIM Negeri Sabah (sesi 2013) Jaafar bin Mahmud telah memenuhi hasrat penggerak penaja ABIM Beluran untuk berziarah ke Beluran. Satu perjumpaan telah diadakan di kediaman Juspah bin Mansi (Kolapis) yang turut dihadiri oleh 11 orang penggerak penaja. Hasil kesepakatan secara syura dari perjumpaan tersebut, dengan rasminya bertarikh 21 Disember 2013, satu Jawatankuasa Kerja ABIM Beluran telah dibentuk dengan pelantikan Ustaz Sharif Suhaimi bin Sharif Miasin sebagai Yang DiPertua ABIM Beluran yang pertama. Dengan rasminya ABIM ditubuhkan di Beluran.

Berbekalkan pengalaman YDP ABIM Beluran Ustaz Sharif Suhaimi bin Sharif Miasin, merupakan alumni Universiti Al-Azhar Mesir serta mantan Ketua Biro Dakwah dan Perhubungan Antarabangsa ABIM Mesir (yang menggerakkan ABIM di Mesir bersama sahabat baik beliau Ustaz Mohd. Naim Mohd. Noor (Timbalan Presiden ABIM Pusat - sesi 2013-2015) serta kerjasama Ahli Jawatankuasa Kerja, ABIM mula berkembang dan diterima baik oleh para belia dan masyarakat Beluran. Melalui kepimpinan YDP ABIM Beluran, Ustaz Sharif Suhaimi bin Sharif Miasin mengorak langkah dengan mengadakan beberapa siri program dan penerangan dakwah Islamiyah. Kini ABIM merupakan salahsatu dari Ahli Jawatankuasa Induk Badan Dakwah yang dipengerusikan Pegawai Daerah Beluran.