Ahad, 22 Februari 2015

Program Pencerdasan Komuniti IQRA

ABIM Negeri Sabah dengan kerjasama ABIM Beluran telah mengadakan Program Iqra, iaitu program yang lebih mengkhususkan kepada Saudara Baru (Mualaf). Program Iqra ini berlangsung selama dua hari, bermula pada 21hb sehingga 22hb Februari 2015, yang bertempat di Kampung Seri Pagi, Beluran. Program ini yang berlangsung selama dua hari, diperuntukkan khas sarat dengan bermacam-macam pengisian program. Peserta yang hadir terdiri dari 23 keluarga mualaf (saudara baru) yang dianggarkan seramai 60 orang.

Matlamat dari Program Iqra’ dilaksanakan adalah agar saudara-saudara baru ini mampu melakukan ibadah serta dapat menghadam akidah Islam dengan lebih baik dalam kehidupan harian.

Peserta wanita yang hadir


Peserta lelaki yang hadir


Peserta lelaki dibahagikan (Latihan Dalam Kumpulan)





Peserta wanita dibahagikan (Latihan Dalam Kumpulan)
Peserta wanita dibahagikan (Latihan Dalam Kumpulan)



Ustaz Sabuangin Abdul Amin (Timbalan YDP ABIM Beluran)
sedang memberikan pengisian (Bengkel)

Penyampaian  cenderamata daripada ABIM Negeri Sabah kepada ABIM Beluran



Gambar beramai-ramai di antara peserta program dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Antara objektif utama program ini adalah untuk membantu saudara-saudara baru di -Kampung Seri Pagi, Beluran untuk lebih memahami Islam dengan lebih mendalam tentang cara hidup Islam dalam urusan seharian. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam dengan penekanan dari aspek soal akidah, solat dan  bersuci. Dan masih memerlukan bantuan dari segi pendidikan agama terutamanya dalam ibadah.

Sepanjang dua hari, penglibatan dari masyarakat begitu menggalakkan. Sehubungan dengan itu, selaku penganjur program juga telah menyediakan sedikit sumbangan terdiri dari peralatan shalat dan buku iqra’ yang telah diserahkan sendiri oleh Tuan Jaafar Mahmud yang merupakan Yang DiPertua ABIM Negeri Sabah sewaktu majlis penutupan Program Iqra’.