Ahad, 22 Disember 2013

Program Kem Remaja Islam 2013

Program Kem Remaja Islam 2013 merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan buat belia di Beluran. Program ini diadakan di Dewan Matanggar Beluran. Program ini merupakan tirai pembuka bagi program-program yang akan dilakukan oleh ABIM Beluran. Pihak ABIM Beluran dengan lapang dada serta tangan terbuka, memberikan dengan ruang yang seluas-luasnya penyertaan belia Islam Beluran ke dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Jika ada sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada pihak Jawatankuasa melalui link Hubungi Kami 


Saudara Yang DiPertua ABIM Beluran Ustaz Sharif Suhaimi Sharif Miasin menyampaikan ucapan aluan sempena program dimulakan


Saudara Yang DiPertua ABIM Negeri Sabah Dr Abdullah Bade menyampaikan ucaptama serta merasmikan Program Kem Remaja Islam 2013


Gambar bersama Jawatankuasa Kerja Program Kem Remaja Islam 2013