Ahad, 22 Disember 2013

Program Kem Remaja Islam 2013

Program Kem Remaja Islam 2013 merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan buat belia di Beluran. Program ini diadakan di Dewan Matanggar Beluran. Program ini merupakan tirai pembuka bagi program-program yang akan dilakukan oleh ABIM Beluran. Pihak ABIM Beluran dengan lapang dada serta tangan terbuka, memberikan dengan ruang yang seluas-luasnya penyertaan belia Islam Beluran ke dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Jika ada sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada pihak Jawatankuasa melalui link Hubungi Kami 


Saudara Yang DiPertua ABIM Beluran Ustaz Sharif Suhaimi Sharif Miasin menyampaikan ucapan aluan sempena program dimulakan


Saudara Yang DiPertua ABIM Negeri Sabah Dr Abdullah Bade menyampaikan ucaptama serta merasmikan Program Kem Remaja Islam 2013


Gambar bersama Jawatankuasa Kerja Program Kem Remaja Islam 2013

Jumaat, 13 Disember 2013

Jemputan



Forum ini terbuka kepada umum dan kemasukan adalah percuma. Jemput hadir beramai-ramai. KICT Staff Welfare Club & Academic Staaff Association (ASA) UIAM menganjurkan Forum "Membina Generasi Ammar" yang akan berlangsung pada 18 Disember 2013 (Rabu) bertempat di Auditrorium Utama, UIAM.


Ahad, 17 November 2013

Menghadiri Program SABDA

Qiyadah Penaja Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Beluran dijemput untuk turut serta dalam Program SABDA " Siri Asuh Bimbing Didik Anak-anak " anjuran ABIM Sandakan, ABIM Sabah dan ABIM Pusat. Program ini dijalankan bersama masyarakat Kg. Bahagia (Batu Sapi, Sandakan).