Sabtu, 12 Julai 2014

Program Ihya Ramadan 1435 Hijriah di SMK Pekan Beluran

Pada 14 Ramadhan 1435 yang bersamaan dengan 12 Julai 2014, "Program Ihya' Ramadhan" telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Beluran. Program tersebut berjaya diadakan dengan hasil kerjasama di antara ABIM Negeri Sabah, ABIM Beluran dan pihak sekolah.

Penyertaan dari peserta cukup memberangsangkan yang berjumlah 100 orang. Mereka terdiri dari kalangan pelajar-pelajar. Program tersebut yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Seterusnya, majlis berbuka puasa bersama pihak penganjur, pihak sekolah serta para peserta.

Program Ihya Ramadhan bertujuan membina kesedaran dalam diri golongan muda akan kepentingan mempertingkatkan penghayatan terhadap bulan Ramadhan dan ibadah puasa. Di samping itu memperkukuhkan iltizam dalam diri untuk menghayati dan memahami alQuran.

Program Ihya Ramadhan tersebut turut dikendalikan oleh Setiausaha ABIM Negeri Sabah Saudara Zikri Zainudin, Saudara Syahmi dan 2 orang wakil HELWA ABIM Sabah.

Program Ihya Ramadhan ini akan menjadi program tahunan ABIM Beluran. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang cukup bermanafaat ini, dikhususkan bagi generasi muda pelapis agama dan bangsa pada masa akan datang.

Penyampaian Sijil Penyertaan daripada YDP ABIM Sabah Tuan Jaafar Mahmud

(Khusyu') - YDP ABIM Beluran Tuan Guru Sharif Suhaimi Sharif Miasin dan Timbalan YDP ABIM Beluran Tuan Imam Sabu, ikut serta dalam mendengar ceramah khas Ihya Ramadan

Ucapan Alu-aluan YDP ABIM Beluran Tuan Guru Sharif Suhaimi Sharif Miasin

Ceramah Khas Ihya Ramadhan YDP ABIM Negeri Sabah Tuan Jaafar Mahmud

Pengisian program peserta

Pengisian Program Peserta

Pengisian Program Peserta